Spotlight adalah enjin carian yang terbina di dalam Mac anda. Anda boleh menggunakannya untuk mencari dan membuka fail di komputer anda, atau mencari maklumat dengan cepat seperti penukaran matematik untuk eksperimen sains atau definisi untuk maksud kosakata.


Memulakan carian

  1. Di sudut kanan atas bar menu, klik ikon Spotlight atau tekan kekunci Command + “Spacebar”. 
  2. Medan Carian Spotlight akan muncul.


Cari dan buka aplikasi

  1. Di ruangan carian Spotlight, taip perkataan "Pages". 
  2. Keputusan carian akan muncul sebaik sahaja anda menaip.
  3. Klik dua kali atau tekan “enter” pada ikon aplikasi Pages yang muncul di bahagian atas senarai keputusan. 
  4. Aplikasi akan dilancarkan dan Spotlight akan ditutup secara automatik.


Dapatkan hasil pengiraan

  1. Buka Spotlight dan taip ungkapan matematik, seperti "929*4.15". Spotlight akan memaparkan hasilnya.


Dapatkan definisi

  1. Di Spotlight, taip perkataan "photosynthesis", kemudian klik keputusan di bawah "Definisi".


Penukar ukuran

  1. Masukkan ukuran seperti "5 km" atau "3 batu". 
  2. Spotlight akan mengira nilai dan memaparkan hasilnya dalam pelbagai unit.