Mac : Mengatur ruang kerja anda dengan Finder
Mohd Syafid
Ruangan asas untuk menguruskan semua kerja di Mac anda adalah dengan menggunakan “Finder” iaitu antara muka utama untuk membuka dan melihat fail. Ia juga merupakan alat yang fleksibel untuk mengumpul, menyusun dan mengatur dokumen untuk memudahkan anda mengawasi fail yang anda kerap gunakan untuk projek kelas.
Cipta fail baru
- Klik di mana-mana pada desktop, kemudian pilih Fail,dan Fail Baru.
- Satu fail baru yang tidak bertajuk akan muncul pada desktop.
- Taipkan nama untuk fail tersebut, kemudian tekan “Return”.
- Klik dua kali pada fail untuk membukanya.
Pindahkan item ke dalam fail
- Seret beberapa item dari desktop ke dalam fail.
- Anda boleh klik dan juga menekan kunci Command untuk memilih beberapa item sebelum menyeret.
Tukar ke paparan Senarai
- Klik butang Paparan Senarai untuk menunjukkan kandungan folder sebagai senarai item dan bukannya sebagai ikon individu.
Susun senarai mengikut tarikh
- Alihkan penunjuk di atas tajuk lajur Tarikh diubahsuai, kemudian klik padanya.
- Klik nama lajur sekali lagi untuk membalikkan urutan susunan.
- Anda boleh menyusun mengikut mana-mana lajur dalam paparan senarai.
Kumpul item dalam senarai jenis
- Klik butang Kumpulan, kemudian pilih Jenis.
- Item dalam senarai kini dipaparkan dalam kumpulan mengikut jenis fail, seperti gambar, filem, dan sebagainya.
Pratonton fail menggunakan Quick Look
- Quick look adalah salah satu ciri yang sangat berkuasa dan mudah tetapi mungkin kurang diketahui ramai.
- Pilih salah satu item dalam senarai dengan satu klik, kemudian tekan "Spacebar" pada papan kekunci anda untuk pratonton kandungan fail.
- Tekan "Spacebar" sekali lagi untuk menutup tetingkap Quick Look.