Mac : Multitugas dengan pelbagai aplikasi
Mohd Syafid
Ciri multitugas yang disediakan membantu anda bekerja dengan lebih cekap. Tukar aplikasi dengan cepat atau paparkan mereka secara bersebelahan supaya anda dapat mengambil nota semasa melayari web. Atau seret pautan, gambar, dan lain-lain dari satu dokumen ke dokumen lain.
Menukar aplikasi dengan cepat
- Tekan kekunci Command dan tekan kekunci Tab untuk menukar Aplikasi.
- Tekan Tab lagi untuk menukar ke aplikasi terbuka yang lain, kemudian lepaskan kekunci Command.
Paparan skrin penuh
- Di sudut kiri atas tetingkap Safari, klik butang Skrin Penuh yang berwarna hijau atau tekan Control-Command-F.
Meluncur diantara aplikasi
- Buka Pages, klik butang Skrin Penuh, geser kiri atau kanan dengan menggunakan empat jari pada trackpad Multi-Touch anda, atau dengan dua jari pada tetikus Magic anda.
Mission Control
- Gunakan Mission Control untuk memaparkan semua ruang desktop dan aplikasi yang sedang berjalan dalam mod skrin penuh.
- Geser ke atas dengan tiga jari pada trackpad anda atau ketuk dua kali tetikus Magic anda dengan dua jari untuk mendedahkan bar Ruang.
- Tukar ke aplikasi dengan klik pada tetingkap yang dipilih.
Papar dua aplikasi dalam Paparan Terbahagi
- Buka aplikasi Nota, kemudian buka Photos.
- Gerakkan penunjuk ke atas butang skrin penuh di sudut kiri atas tetingkap Photos, kemudian pilih alihkan tetingkap ke Kiri Skrin.
- Klik tetingkap Nota.
- Dua aplikasi akan muncul bersebelahan dalam paparan skrin penuh.