Aplikasi Nota adalah aplikasi percuma yang tersedia di dalam peranti Apple. Sekiranya anda kerap menyimpan memo, senarai semak, melukis idea, dan menguruskan senarai kerja maka aplikasi ini sangat ideal untuk anda.

Mengatur nota dalam folder 



  1. Pilih Lihat, Tunjukkan Folder untuk membuka sidebar, kemudian klik Folder Baru untuk membuat folder. 
  2. Taip nama folder, kemudian tekan Return. 
  3. Seret nota ke dalam folder untuk mengaturnya mengikut topik atau kategori.


Membuat senarai kerja



  1. Mulakan dengan membuka Nota, klik butang Nota Baru, kemudian taip tajuk. 
  2. Taip item pertama dalam senarai, klik butang Senarai Semak, kemudian tekan Return untuk menambah lebih banyak.



Memasukkan gambar atau video



  1. Klik butang Media, kemudian pilih Foto. 
  2. Cari gambar yang ingin anda gunakan dari tetingkap perpustakaan Foto yang muncul, kemudian seret ia ke dalam nota.



Melampirkan fail



  1. Seret dokumen PDF dari desktop atau tetingkap Finder untuk menambahkannya ke dalam nota.



Mencari Nota



  1. Klik butang carian kanta pembesar pada bar alat, kemudian masukkan teks. 
  2. Semua nota dengan kandungan yang sepadan dengan carian anda akan dipaparkan dalam senarai nota di sebelah kiri.



Mengatur nota di dalam folder



  1. Pilih Lihat, Tunjukkan Folder untuk membuka sidebar, kemudian klik Folder Baru untuk membuat folder. 
  2. Taip nama folder, kemudian tekan Return. 
  3. Seret nota ke dalam folder untuk mengaturnya mengikut topik atau kategori.