Photobooth merupakan aplikasi yang tersedia di dalam Mac anda. Ia boleh digunakan untuk 

mengambil gambar selfie dengan cepat atau merakam video pendek dengan menggunakan kamera FaceTime HD pada Mac. Anda juga boleh mengambil gambar profil atau merekod video dan menggunakan fungsi kesan khas yang disediakan untuk laporan ataupun projek dengan mudah.


Mengambil gambar selfie



  1. Dalam aplikasi Photo Booth, klik butang Foto di bahagian kiri bawah tetingkap, kemudian klik butang Ambil Foto. 
  2. Selepas kiraan selama tiga saat, Photo Booth akan mengambil gambar.


Mengunakan kesan khas



  1. Klik pada Kesan, kemudian gunakan anak panah untuk melayari ke halaman kesan kedua. 
  2. Klik Sepia untuk penampilan yang klasik, kemudian klik butang Ambil Foto.


Merakam video



  1. Di bahagian kiri bawah tetingkap Photo Booth, klik butang Video, kemudian klik butang Rakam Video. Klik butang Berhenti untuk menghentikan penggambaran.


Kongsi gambar dan video



  1. Pilih sebarang gambar atau video kecil di bahagian bawah tetingkap Photo Booth. 
  2. Klik butang Kongsi dan pilih destinasi.


Menggunakan gambar dan video dalam aplikasi lain



  1. Klik butang Kongsi untuk memilih destinasi, atau seret gambar kecil terus ke desktop atau ke aplikasi lain seperti Pages atau Keynote.