Siri merupakan pembantu peribadi pintar yang terdapat di dalam semua peranti terkini Apple. Ianya dapat membantu anda menyelesaikan tugas-tugas harian. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh dilakukan seperti melihat kalendar harian anda, membuka versi terkini dokumen, dan banyak lagi.


Meminta Siri untuk membuka aplikasi atau dokumen pada Mac anda. 

Klik ikon Siri di menu bar atau Dock, dan katakan sesuatu seperti "Buka Keynote".


Memeriksa Ejaan

Siri juga boleh membantu anda memeriksa ejaan perkataan. Tanyakan Siri "Bagaimana ejaan perkataan 'accreditation'?"


Mencari gambar di Internet

Anda juga boleh menggunakan Siri untuk mencari gambar di web untuk digunakan dalam persembahan. Katakan "Cari gambar bumi dalam domain awam di web."


Menetapkan penggera dan pengingat tugas

Siri boleh tetapkan menetapkan penggera dan pengingat tugas. Hanya sebut seperti ini “Siri, Ingatkan saya untuk periksa voicemail saya pada pukul 3 petang."


Membuat pengiraan

Siri juga boleh membantu anda mengira hari dan minggu dalam kalendar. Tanyakan "Berapa hari lagi sehingga 1 Jun?" atau "Apakah tarikh enam minggu dari hari ini?"