Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak dapat membuat Apple ID sendiri. Untuk mengelakkan anda dari berkongsi peranti yang boleh memberi mereka akses tidak diingini kepada data peribadi anda, adalah digalakkan untuk mencipta Apple ID untuk mereka. 

Dengan Apple ID kanak-kanak, ianya lebih mudah untuk menetapkan kawalan daripada ibu bapa dan mereka juga boleh menggunakan Perkongsian Keluarga, Mesej, App Store dan perkhidmatan Apple lain.

Mengapa perlu Apple ID untuk kanak-kanak?

  • Mengelakkan berkongsi data peribadi
  • Mudah menetapkan kawalan aplikasi dan masa penggunaan
  • Memberi akses aplikasi dan kandungan yang telah dibeli oleh penjaga

Sekiranya anda adalah ibubapa atau penjaga, anda boleh membuat Apple ID untuk anak anda.

Di iPhone, iPad atau iPod touch

Untuk mengesahkan bahawa anda adalah orang dewasa, anda memerlukan kad kredit bagi tujuan pengesahan. Pada iPhone, anda juga boleh menggunakan lesen memandu atau ID negeri yang ditambahkan ke Wallet di mana tersedia.

Dalam iOS 16 atau iPadOS 16 atau lebih baru

  • Pergi ke Tetapan > Keluarga.
  • Ketik butang Tambah Ahli.

  • Butang Tambah Ahli terletak di sudut kanan atas skrin anda.

  • Klik "Create Child Account", kemudian klik Teruskan.
  • Masukkan nama dan tarikh lahir anak anda. Pastikan anda memasukkan tarikh lahir yang betul kerana anda tidak dapat mengubahnya kemudian.
  • Ikuti arahan di skrin untuk menyelesaikan tetapan akaun. Untuk Apple ID anak anda, anda boleh menggunakan alamat e-mel mereka, alamat @icloud.com yang dicadangkan atau nama panggilan bagi Game Center mereka.

Dalam iOS 15 atau iPadOS 15 atau lebih awal

  • Pergi ke Tetapan.
  • Klik nama anda, kemudian klik Perkongsian Keluarga.
  • Klik Tambah Ahli.
  • Klik Cipta Akaun untuk Kanak-Kanak, kemudian klik Teruskan.
  • Ikuti arahan di skrin untuk menyelesaikan tetapan akaun. Anda boleh menggunakan alamat e-mel anak anda untuk Apple ID mereka, atau nama panggilan Game Center mereka. Pastikan anda memasukkan tarikh lahir yang betul kerana anda tidak dapat mengubahnya kemudian.

Di Mac anda

Untuk mengesahkan bahawa anda adalah orang dewasa, anda memerlukan kad kredit.

Dalam macOS Ventura atau lebih baru

  1. Pilih menu Apple  > Tetapan Sistem, kemudian klik Keluarga.
  2. Klik Tambah Ahli.


  • Butang Tambah Ahli terletak tepat di bawah senarai orang dalam kumpulan keluarga anda.
  • Klik Cipta Akaun Kanak-Kanak.
  • Butang Cipta Akaun Kanak-Kanak terletak di sebelah kiri, bersama-sama butang "Not Now" dan "Invite People".

  • Ikuti arahan di skrin untuk menyelesaikan tetapan akaun. Pastikan anda memasukkan tarikh lahir yang betul kerana anda tidak dapat mengubahnya kemudian. Untuk Apple ID anak anda, anda boleh menggunakan alamat e-mel mereka atau nama panggilan Game Center mereka.